Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor, Dr.
Sathia Prakash Nadarajan menafikan dakwaan bahawa Johor telah mengatasi Selangor sebagai negeri paling maju dan penting kepada ekonomi negara, menyatakan kenyataan itu tidak selari dengan fakta rasmi.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia membuktikan Selangor masih kekal sebagai enjin ekonomi nombor satu Malaysia dengan pencapaian ekonomi terbesar di negara ini.
Laporan Keluaran Dalam Negara Kasar 2024 menunjukkan Selangor mencatat nilai ekonomi sebanyak RM432.1 bilion, menjadikannya negeri dengan pertumbuhan ekonomi terkemuka.


