Penyanyi dan komposer terkenal Yuna berpendapat bahawa karya musik yang benar-benar menyentuh hati memerlukan jiwa manusia dan tidak boleh sepenuhnya bergantung pada teknologi kecerdasan buatan.
Beliau menekankan bahawa elemen emosi dan pengalaman hidup tetap menjadi asas terpenting dalam penghasilan sesebuah lagu, walaupun teknologi AI canggih boleh membantu memperkemaskan karya.
Yuna kurang setuju dengan penggunaan suara AI sebagai hasil akhir kerana terdapat ramai artis dan penulis lagu berbakat yang memerlukan peluang untuk mencari rezeki melalui bidang industri kreatif.



