Dalam era digital, pengguna media sosial menatal kandungan dalam beberapa saat tanpa menyedari proses psikologi yang kompleks berlaku di sebalik setiap paparan skrin mereka.
Setiap susunan visual, rangka kapsyen dan algoritma yang bergerak di belakang tabir membentuk ekosistem komunikasi yang bukan sekadar menyampaikan maklumat tetapi turut mempengaruhi cara manusia berfikir, merasa dan membuat keputusan.
Meskipun propaganda dan media digital menggunakan elemen yang sama seperti naratif, emosi, visual dan kepercayaan, kedua-duanya berbeza pada aspek niat dan etika yang mendasarinya.


