Kemelut penyiaran Piala Dunia 2026 di Malaysia hampir mencari penyelesaian setelah sebuah syarikat swasta bersedia menanggung kos hak siaran yang sebelumnya di luar kemampuan kerajaan.
Kos hak penyiaran yang mencecah sekitar RM200 juta telah menjadi beban yang sukar dipikul oleh pihak kerajaan Malaysia.
Perkembangan terbaharu menunjukkan rundingan memasuki fasa positif, dengan syarikat swasta hampir mencapai persetujuan dengan FIFA untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati aksi bola sepak terulung dunia secara rasmi dan sah.



