Dalam suasana ketidaktentuan ekonomi global akibat ketegangan geopolitik dan turun naik harga minyak, persoalan utama adalah sejauh mana kesediaan rakyat memainkan peranan dalam meminimumkan kesan terhadap ekonomi negara.
Reaksi awal rakyat membeli barangan keperluan dalam kuantiti lebih tinggi boleh mencetuskan pembelian panik yang mengakibatkan kesan berantai dalam pasaran.
Pendekatan sederhana seperti mengurangkan pergerakan harian, merancang pembelian secara berhemah dan mengelakkan pembaziran wajar diamalkan kerana memberi impak langsung kepada penggunaan bahan api negara.


