Genjatan senjata antara Iran dan Amerika Syarikat hanya memberikan kelegaan sementara kepada pasaran minyak global kerana ketidaktentuan masih tinggi disebabkan gangguan berterusan di Selat Hormuz.
Menurut Dr Mohd Iqbal Mohd Noor daripada Universiti Teknologi MARA, situasi semasa masih belum stabil kerana aliran fizikal minyak melalui laluan utama dunia belum pulih sepenuhnya.
Ketidakstabilan ini terus memberi tekanan kepada pasaran energi global dan mempengaruhi harga minyak di peringkat antarabangsa.


