Genjatan senjata antara Iran dan Amerika Syarikat hanya memberikan kelegaan sementara kepada pasaran minyak global dengan ketidaktentuan masih tinggi akibat gangguan berterusan di Selat Hormuz.
Dr Mohd Iqbal Mohd Noor dari UiTM menjelaskan bahawa situasi semasa masih belum stabil kerana aliran fizikal minyak melalui laluan utama dunia belum pulih sepenuhnya.
Ketidakstabilan ini terus memberi kesan kepada harga minyak dan ekonomi global secara keseluruhan.


