Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
dunia

Songkran 2026 dijangka jana pendapatan pelancongan lebih 30.35 bilion baht

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
14 April 2026, 05:20 PG MYT
Aktif 2h 21min lalu
·🌐 Bangkok

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand menjangkakan Festival Songkran 2026 akan menjana pendapatan pelancongan lebih 30.35 bilion baht atau RM3.74 bilion, mencerminkan permintaan perjalanan yang kukuh semasa tempoh perayaan.

Gabenor TAT, Thapanee Kiatphaibool berkata aktiviti pelancongan di seluruh negara telah melebihi jangkaan di semua wilayah sepanjang 11 hingga 15 April dengan pertumbuhan enam peratus berbanding tahun lepas.

Unjuran pendapatan ini menekankan keyakinan berterusan dalam kalangan pengembara domestik dan antarabangsa serta mengukuhkan kedudukan Songkran sebagai acara budaya berkelas dunia.