Hasrat Malaysia mewujudkan stok simpanan petroleum negara perlu berlandaskan pendekatan fiskal berhemat dan dilaksanakan secara berperingkat menurut ahli ekonomi.
Pengarah Strategi Pelaburan IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan menekankan kepentingan ini untuk mengukuhkan daya tahan tenaga jangka panjang tanpa memberi tekanan pada kewangan awam.
Kerajaan perlu mengelak daripada meniru model simpanan petroleum besar-besaran negara seperti Amerika Syarikat dan Jepun kerana profil kapasiti fiskal dan risiko tenaga Malaysia berbeza.


