Seoul: Lapan pelari dikejarkan ke hospital akibat penyakit berkaitan haba selepas menyertai acara maraton berhampiran zon bebas tentera (DMZ) yang memisahkan Korea Selatan dengan Korea Utara dalam keadaan suhu tinggi luar biasa, menurut pihak berkuasa tempatan kepada AFP pada 20 April.
Maraton Keamanan DMZ yang diadakan di Bandar Paju itu memberi peluang kepada peserta menguji ketahanan mereka di laluan berhampiran kawasan sensitif antara kedua-dua negara berkenaan.
Suhu ketika perlumbaan pada 19 April lalu mencecah hampir 30 darjah Celsius ketika sebahagian besar Semenanjung Korea dilanda cuaca panas yang lebih menyerupai musim panas walaupun masih dalam tempoh musim bunga.



