Keputusan Amerika Syarikat mengenakan tarif 10 peratus terhadap produk Malaysia dilihat bukan sekadar memberi tekanan kepada daya saing eksport, sebaliknya menjadi isyarat supaya negara memperkukuh penguatkuasaan isu buruh paksa dan meningkatkan piawaian alam sekitar, sosial serta tadbir urus (ESG).
Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata tarif itu juga dikenakan terhadap negara ASEAN lain termasuk Indonesia, Mexico dan Kemboja, dengan Thailand serta Vietnam dikenakan kadar lebih tinggi iaitu 12.5 peratus.
Langkah tarif ini mencerminkan tekanan global untuk meningkatkan piawaian ketenagakerjaan dan keberlanjutan alam sekitar dalam perdagangan antarabangsa.


