Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa tatakelola yang baik mesti menjadi teras utama dalam pembangunan koperasi untuk memastikan manfaat ekonomi dapat dinikmati oleh semua pihak secara menyeluruh.
Beliau yang juga Menteri Kewangan mengatakan pengurusan yang baik mampu meningkatkan prestasi koperasi dengan fokus pada pengagihan kuasa yang berkesan dan pembantasan rasuah.
Aspek tatakelola, pengagihan kuasa dan usaha membanteras rasuah sangat penting bagi pemerintahan kerajaan walaupun ramai yang memandang ringan terhadap isu-isu tersebut.

