Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah mencadangkan kepada Aurelius Healthcare untuk menjalankan kajian dan meneroka kemungkinan membina Hospital Aurelius di Perlis.
Cadangan ini dibuat semasa baginda menerima mengadap Pengerusi Eksekutif dan pengasas Aurelius Healthcare, Datuk Amir Firdaus Abdullah di Istana Arau.
Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuhkan akses penduduk Perlis kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi.


