Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Global Turbine Asia (GTA) Sdn.
Bhd.
telah menandatangani Memorandum Persefahaman bagi menggabungkan kepakaran industri GTA dengan kecemerlangan akademik UPNM dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan modal insan.
MoU ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua pihak dalam merapatkan jurang antara industri dan akademia untuk kemajuan negara.
Bidang kerjasama tertumpu pada penyelidikan dan pembangunan dengan fokus kepada inovasi dan pengkomersilan teknologi merentas sektor-sektor strategik negara.


