Waqaf An-Nur telah mengedarkan lebih daripada RM102 juta dana wakaf kepada lebih dua juta penerima di seluruh negara sejak penubuhannya pada tahun 2000, membuktikan bahawa wakaf telah berkembang menjadi instrumen pembangunan sosial yang memberikan impak besar kepada masyarakat.
Pencapaian luar biasa ini menunjukkan bahawa wakaf mampu berfungsi sebagai sistem yang tersusun, mampan dan berdaya tahan apabila diurus secara profesional dengan tadbir urus korporat yang baik.
Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur Corporation Berhad, Bukhari Abdul Rahman menyatakan bahawa cabaran utama institusi wakaf pada masa kini bukan lagi tertumpu kepada usaha mengumpulkan atau mengagihkan dana semata-mata.


