Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
bisnes

200 penerima STR terima ganjaran

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
13 Jun 2026, 12:38 PTG MYT
Aktif 40min lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Seramai 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional penerima Sumbangan Tunai Rahmah telah menerima ganjaran menerusi Kempen Gabungan BSN Sijil Simpanan Premium dengan BSN GIRO-i 2025 yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Disember 2025.

Kempen ini dirancang untuk menggalakkan penerima STR menyimpan sebahagian daripada bantuan mereka dan membentuk tabiat menabung secara berterusan bagi pembangunan kewangan jangka panjang.

Tiga pemenang hadiah utama menerima ganjaran Supermarket Sweep senilai sehingga RM5,000 setiap seorang di AEON Mall Cheras Selatan.