Syarikat Bumiputera perlu memberi tumpuan kepada aspek tadbir urus, kepimpinan dan inovasi untuk meningkatkan keyakinan pelabur dalam suasana ekonomi global yang semakin mencabar.
Ketua Pegawai Eksekutif VentureTECH, Azizan Jaafar menjelaskan bahawa ketidaktentuan ekonomi dunia termasuk konflik geopolitik menyebabkan pelabur menjadi lebih berhati-hati dalam membuat keputusan pelaburan.
Faktor-faktor seperti kenaikan harga minyak dan kos barangan akibat konflik antarabangsa turut mempengaruhi sentimen pelaburan negatif terhadap syarikat-syarikat Bumiputera.



