Shopee menganjurkan Shopee Rai Lokal Jelajah Komuniti ke Johor untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan memanfaatkan peluang dalam ekonomi digital yang semakin berkembang.
Program berlangsung sempena Hari Terbuka Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Johor 2026 di Dewan Kejora Bandar Penawar yang menghimpunkan lebih 200 usahawan tempatan, bakal usahawan, afiliasi dan ahli komuniti.
Inisiatif ini membantu mereka meningkatkan kemahiran digital dan memperkukuh keupayaan perniagaan dalam talian untuk bersaing di era digital.


