Chef, penanam rempah, pengusaha makanan artisan dan usahawan Kemboja berganding bahu mengangkat masakan Khmer serta rempah ratus tempatan menjadi jenama bertaraf antarabangsa.
Usaha ini bertujuan memperkenalkan wajah baharu Kemboja menerusi warisan makanannya sambil membuka lebih banyak peluang eksport kepada petani dan meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar.
Aspirasi berkenaan diketengahkan menerusi Pameran Perdagangan Pasaran Makanan Kemboja 2026 yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat di Pusat Pameran Diamond Island, Phnom Penh.



