Masyarakat antarabangsa perlu mengambil tindakan tegas dan segera menggerakkan usaha menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza, memandangkan situasi berkenaan telah melangkaui krisis kemanusiaan kepada perjuangan global untuk menegakkan keadilan.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 Thiago Avila berkata sudah tiba masanya untuk kebangkitan global dalam menentang kekejaman sedang berlaku, sambil menegaskan bahawa rakyat Gaza tidak lagi mempunyai ruang untuk sebarang penangguhan.
Kita perlu menggerakkan usaha sebelum segalanya terlambat,” katanya ketika ditemui kurang 24 jam sebelum flotila itu dijadualkan berlayar.



