Kuching City FC mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas PDRM FC dalam aksi Liga Super 2025/2026 di Stadium Negeri Sarawak, malam tadi.
Menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri, tuan rumah bermula agresif dengan gol seawal minit pertama menerusi Wanja Roland Ngah, sebelum PDRM menyamakan kedudukan pada minit ke-42 hasil jaringan Muhammad Amirul Waie Yaakob untuk menutup babak pertama 1-1.
The Cats kembali mendominasi sejurus babak kedua bermula apabila Muhammad Ramadan Saifullah meledak dua gol pada minit ke-47 dan ke-61, diikuti jaringan Jerome Mpacko Etame pada minit ke-67 bagi mengesahkan kemenangan selesa.



