Atlas Copco Group melabur lebih daripada RM10 juta untuk membina ibu pejabat dan hab bersepadu baharu di Alam Impian, Shah Alam, bagi memperkukuh operasi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Pelaburan lapan angka ini merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang syarikat di negara ini, mencerminkan pertumbuhan syarikat dari 10 pekerja pada 1982 menjadi lebih 250 kakitangan kini.
Pembukaan fasiliti baharu menunjukkan keyakinan Atlas Copco terhadap potensi pertumbuhan dan perkembangan bisnis di rantau Asia Tenggara dalam jangka panjang.

