Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
ekonomi

Harga MSM kekal kukuh melebihi RM4,500 satu tan

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
24 April 2026, 07:30 PG MYT
Aktif 3h 20min lalu
·🌐 Petaling Jaya

Harga minyak sawit mentah dijangka kekal melebihi paras RM4,500 satu tan dalam tempoh terdekat didorong oleh pengembangan penggunaan biodiesel, potensi fenomena El Niño, dan ketidaktentuan geopolitik global menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia.

Stok minyak sawit Malaysia merosot 16.1 peratus kepada 2.26 juta tan pada Mac susulan peningkatan eksport kepada 1.55 juta tan yang melebihi pengeluaran 1.37 juta tan.

Lonjakan eksport ini didorong oleh aktiviti penghantaran awal sebelum kenaikan kos logistik dan penyusutan eksport Indonesia selepas pelaksanaan levi lebih tinggi.