Penyanyi Yuna, 40, tetap percaya bahawa muzik yang benar-benar menyentuh jiwa tidak dapat dihasilkan sepenuhnya oleh teknologi kecerdasan buatan walau secanggih mana pun kerana elemen emosi, pengalaman hidup, dan kemanusiaan adalah inti sebenar karya seni.
Yunalis Mat Zara'ai menyatakan bahawa dimensi kemanusiaan dalam seni adalah sesuatu yang sukar untuk digantikan oleh mesin dan teknologi saat ini.
Beliau tidak menggalakkan masyarakat bergantung kepada AI untuk menghasilkan karya seni yang bermakna dan berkualiti tinggi.



