Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
hiburan

Filem terbaharu Stephen Chow 'Kung Fu Soccer' cetus kontroversi di Korea Selatan

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
18 Julai 2026, 06:10 PTG MYT
Aktif 10d lalu
·🌐 Seoul

Filem terbaharu arahan bintang Hong Kong, Stephen Chow, "Kung Fu Soccer" kini menjadi bualan hangat selepas didakwa menampilkan gambaran stereotaip terhadap pasukan bola sepak wanita Korea Selatan.

Filem berkenaan mengisahkan sekumpulan pemain bola sepak wanita yang cuba bangkit daripada kegagalan dengan menggabungkan kemahiran seni mempertahankan diri dalam usaha memburu kejayaan di padang.

Namun, beberapa babak mencetuskan kritikan dalam kalangan penonton Korea Selatan apabila pasukan lawan yang dikenali sebagai Pasukan Bola Sepak Wanita Ewha — dipercayai merujuk kepada Universiti Wanita Ewha di Seoul — digambarkan menggunakan taktik agresif dan tidak profesional untuk memenangi perlawanan.