Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
hiburan

Kelibat Mark Wahlberg curi perhatian, jalani penggambaran Netflix di Pulau Pinang

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
13 Julai 2026, 06:40 PTG MYT
Aktif 1d lalu
·🌐 Bintang Hollywood, Mark Wahlberg,

Bintang Hollywood Mark Wahlberg menarik perhatian ramai selepas video menunjukkan beliau sedang menjalankan penggambaran filem di George Town, Pulau Pinang tular di media sosial dengan penonton yang antusias.

Video tersebut menampilkan Wahlberg melakonkan babak di dalam sebuah Perodua Kelisa berwarna perak dan keluar daripada kenderaan semasa penggambaran berlangsung di Lebuh Melayu.

Kehadiran pelakon berusia 55 tahun itu mengundang keterujaan netizen terutamanya kerana beliau menaiki kereta kompak ikonik keluaran tempatan yang menjadi perhatian media sosial.