Cik Bunga dengar-dengar, pelakon jelita yang satu ketika dulu jadi kegilaan ramai, Nasha Aziz, dikatakan ada meluahkan hasrat untuk tidak lagi aktif dalam dunia lakonan.
Khabarnya, kenyataan itu bukan dibuat dalam mana-mana sidang media rasmi, tapi secara santai ketika sesi live di TikTok.
Biasalah, zaman sekarang, banyak benda ‘terlepas cakap’ masa live.
Jadi, ada yang sempat tangkap ayat Nasha yang seakan memberi bayangan dia mahu berhenti berlakon.
Cik Bunga pun tertanya-tanya, betulkah keputusan itu muktamad atau sekadar luahan spontan?



