Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
lain-lain

Hatrik Mbarga bantu KRW FC belasah ‘budak U’ 6-0

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
12 April 2026, 01:04 PG MYT
Aktif 7h 6min lalu
·🌐 Kota Bharu

Hatrik Emmanuel Mbraga membantu Kelantan Red Warriors FC meraih kemenangan besar dengan mengalahkan Malaysia Universiti FC dengan skor 6-0 dalam aksi Liga A1 Semi Pro di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pesta tuan rumah bermula pada minit ke-11 apabila percubaan Philip Musa gagal ditangkap oleh penjaga gawang Malaysia Universiti Azim Nazri Issan dan bergolek melepasi garisan gol.

Walaupun MUFC cuba bangkit dan membuat beberapa percubaan, mereka gagal menggugat pertahanan Kelantan yang dikawal oleh Shafiq Afifi.