Dapur Brahim's by Desatera memperkenalkan Buffet RM10 di Randau Rasa UKM Bangi yang menawarkan lebih 30 pilihan menu pada harga mampu milik untuk pelajar dan orang awam.
Konsep bufet layan diri ini menggunakan slogan 'Cedok puas-puas, bayar RM10 je' membolehkan pelanggan menikmati pelbagai hidangan berkualiti dalam satu harga tetap yang berpatutan.
Inisiatif ini bertujuan memenuhi keperluan masyarakat mencari pilihan makan tengah hari yang murah, mengenyangkan dan berbaloi dari segi kualiti.


