Amerika Syarikat akan mengeluarkan Syria daripada senarai negara penaja keganasan membuka jalan kepada peningkatan pelaburan dan perdagangan antarabangsa.
Setiausaha Negara AS Marco Rubio memaklumkan keputusan ini dijangka berkuat kuasa dalam tempoh 45 hari kecuali jika Kongres mengambil langkah untuk menghalangnya.
Pengumuman ini dibuat ketika Presiden Donald Trump mengadakan pertemuan dengan Presiden Syria Ahmed al-Sharaa di luar Sidang Kemuncak NATO di Turkiye.


