Sufian Suhaimi berusia 34 tahun sedang menunggu kelahiran anak pertamanya kerana isterinya, Rania Al Sadat, sedang hamil sehingga 37 minggu.
Beliau telah membuat persiapan lengkap dari segi keperluan bayi tetapi masih merasa tidak bersedia dari aspek mental dan emosi.
Sufian mengakui bahawa tiada sesiapa yang benar-benar 100 peratus bersedia ketika menyambut bayi pertama dalam kehidupan mereka.


