Seorang raja dadah Mexico yang berada dalam senarai 10 penjenayah paling dikehendaki oleh FBI berjaya diberkas susulan insiden berbalas tembakan dengan pihak berkuasa tempatan.
Fausto Isidro 'Chapo Isidro' Meza Flores bersama tujuh individu lain ditahan oleh pasukan khas Mexico dalam serbuan di Guasave, Sinaloa pada Jumaat lalu dalam operasi yang berkaitan.
Operasi tersebut menyaksikan tujuh suspek maut, manakala empat anggota tentera Mexico yang dalam perjalanan untuk memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan itu turut terkorban.



