Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
terkini

Dua wanita maut kemalangan lima kenderaan

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
12 April 2026, 06:32 PTG MYT
Aktif 13h 38min lalu
·🌐 Lahad Datu

Lahad Datu: Dua wanita maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan, termasuk sebuah lori dan jentera pembinaan di Kilometer 14, Jalan Lahad Datu-Tawau di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Jimmy Panyau berkata, dalam kejadian 4.30 petang itu, pemandu kereta Proton Saga berusia 21 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang kereta sama berusia 35 tahun meninggal dunia semasa dihantar ke hospital.

"Berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku apabila Proton Saga yang dinaiki tujuh individu dari arah Tawau menuju ke Lahad Datu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki lorong bertentangan.