Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
utama

'Masih berat untuk terima' - Bapa kongsi duka kehilangan Prebet Muhammad Amirul

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
12 April 2026, 09:26 PG MYT
Aktif 22h 44min lalu
·🌐 Tampin

Tampin: Pemergian anggota tentera Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi bukan sahaja meragut nyawa seorang anggota muda, malah meninggalkan luka mendalam kepada seluruh keluarganya.

Rosafindi Tambi Chik, 49, iaitu bapa Allahyarham, menyifatkan anak sulungnya itu seorang yang bertanggungjawab dan amat menyayangi keluarga, khususnya adik-beradik.

"Bapa mana tidak sayang anak…saya reda dengan pemergiannya dan serahkan segalanya kepada Allah.

Namun, apa yang berlaku ini masih berat untuk saya terima," katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah, Gemas, di sini, hari ini.