Pengeluar automotif Jepun Honda dan Toyota Motor mengumumkan panggilan semula kira-kira 1.6 juta kereta, trak dan SUV susulan risiko peledak beg udara Takata mengalami kerosakan dan pecah.
Kedua-dua syarikat memaklumkan bahawa tiada kecederaan, kemalangan atau insiden peledak beg udara pecah dilaporkan membabitkan kenderaan terjejas setakat ini di kalangan pemilik kenderaan.
Kecacatan peledak beg udara Takata sebelum ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 28 kematian dan lebih 400 kecederaan di Amerika Syarikat sejak 2009.

