Seorang pemuda bernama Muhamad Rafie Abdul Hadi, berusia 22 tahun, telah meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori.
Kemalangan berlaku pada jam 11.55 malam di Kilometer 52 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Kampung Sungai Terap, Tanjong Karang dan mangsa meninggal di tempat kejadian.
Hasrat pemuda tersebut untuk memberi duit belanja kepada ibunya tidak dapat terwujud akibat kemalangan nahas ini.


