Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan mengembalikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya koalisi itu kembali berkuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-16.
Beliau menyatakan bahawa GST sudah dilaksanakan di lebih 170 negara di seluruh dunia berbanding dengan Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang kini digunakan Malaysia.
Menurut Ahmad Zahid, pengembalian GST dianggap perlu kerana Malaysia dilihat ketinggalan dalam sistem percukaian berbanding negara-negara lain yang lebih maju.


