Hamidah Yakkop, wanita berusia 41 tahun, telah menjadi gelandangan selama lapan bulan bersama anak lelaki dan bapa saudaranya di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Beliau kehilangan tempat berteduh kerana tidak mampu membayar sewa bulanan bilik sebelumnya, akibat kesempitan kewangan setelah berhenti bekerja sebagai tukang cuci dan hidup solo sejak sembilan tahun lalu.
Situasi ini mencerminkan cabaran hidup yang dihadapi oleh rakyat yang kurang mampu dan meninggalkan mereka tanpa tempat perlindungan yang stabil.


