Proton e.MAS muncul sebagai jenama automotif paling pantas di Malaysia mencapai 31,504 pendaftaran kenderaan elektrik dan elektrifikasi hanya dalam tempoh 20 bulan selepas pelancaran Proton e.MAS 7 pada Disember 2024.
Daripada jumlah itu, sebanyak 30,293 pendaftaran domestik direkodkan, mencerminkan peningkatan penerimaan rakyat Malaysia terhadap mobiliti elektrik sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET Zhang Qiang berkata, peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik memasuki fasa penting susulan peningkatan keyakinan pengguna terhadap kenderaan elektrik.

