Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
terkini

RXZ Members 8.0: Tiada 'roadblock', Bukit Aman guna rakaman video bukti kesalahan

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
28 Julai 2026, 06:36 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman tidak bercadang mengadakan sekatan jalan raya sempena acara RXZ Members 8.0 yang dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula Jumaat ini di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Sebaliknya, pihak polis akan menggunakan kaedah risikan serta rakaman video sebagai proses pembuktian untuk sebarang tindakan susulan perlu diambil selaras peruntukan undang-undang sedia ada.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali, berkata pihaknya akan melaksanakan pendekatan seimbang yang menggabungkan bimbingan kepada peserta acara itu meliputi pendidikan keselamatan jalan raya, dengan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang.