Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mewakili kerajaan Malaysia memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Ayahanda Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani pada 13 hingga 14 Julai.
Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani akan menerima kunjungan daripada ketua-ketua negara asing, anggota keluarga diraja dan rakyat jelata di Istana Lusail.
Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada kepimpinan dan rakyat Qatar atas kepulangan ke rahmatullah almarhum ayahanda Amir Qatar.


