Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

Aksi tidak senonoh di kubur: Mahkamah Tinggi lepas serta-merta pasangan kekasih

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
21 April 2026, 02:00 PTG MYT
Aktif 16h 14min lalu
·🌐 George Town

Mahkamah Tinggi George Town mengenepikan hukuman penjara 12 bulan terhadap pasangan kekasih yang melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan Cina pada Mac lepas selepas membenarkan permohonan semakan mereka.

Hakim Rofiah Mohamad mengekalkan sabitan pasangan itu tetapi menggantikan hukuman penjara dengan tempoh penjara dari tarikh tangkap pada 23 Mac sehingga pelupusan semakan pada hari tersebut.

Keputusan ini meringankan hukuman asal yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret pada 26 Mac.