Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyatakan bahawa animasi boleh menjadi medium dakwah yang segar dan relevan untuk menyampaikan nilai-nilai positif kepada masyarakat.
Beliau menjelaskan bahawa animasi mempunyai kuasa pengaruh yang besar dalam membentuk cara berfikir masyarakat ke arah nilai yang lebih baik.
Beliau memuji filem animasi "Papa Pipi" keluaran Monsta kerana mendapat sambutan hangat dan sarat dengan mesej serta tauladan positif.



