Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Ahmad Faizal Sulaiman menyatakan bahawa di sebalik pengumuman tujuh insentif khas senilai hampir RM2 bilion oleh Perdana Menteri, realiti akar umbi menunjukkan cabaran lebih mendalam daripada bantuan kewangan semata-mata.
Beberapa isu utama seperti beban hutang peneroka dan pembangunan perumahan generasi baharu memang diacu, namun isu kos sara hidup, ketiadaan pekerjaan berkualiti, pendapatan tidak konsisten, dan akses pemilikan rumah terhad kekal menjadi masalah.
Persoalan ini memerlukan formula penyelesaian menyeluruh dan berterusan bagi mengatasi tantangan sebenar yang dihadapi warga Felda.


