Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengingatkan semua pihak supaya tidak menyentuh isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja terutamanya semasa tempoh kempen pilihan raya.
Peringatan ini dibuat berikutan tindakan MCMC bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat kes memuat naik kandungan berunsur 3R yang berhubung dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
MCMC telah mengambil rakaman percakapan seorang individu untuk membantu dalam proses siasatan yang sedang dijalankan.


