IWK telah menjalin kerjasama dengan pengusaha hotel di Pulau Langkawi untuk pengurusan lemak, minyak dan gris (FOG) serta air sisa kumbahan melalui penyataan sokongan bersama dengan Persatuan Hotel Malaysia.
Kerjasama ini menekankan amalan kelestarian alam sekitar dan garis panduan pengurusan FOG dengan memberi tumpuan kepada strategi pengurangan pencemaran.
Berdasarkan rekod IWK, kadar pematuhan pengosongan tangki septik masih rendah iaitu kurang daripada 15 peratus, menunjukkan perlunya peningkatan kesedaran komuniti tentang pengurusan air sisa.


