Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

Jualan buku terkenal kembali ke Alor Setar, tampilkan pelbagai judul baharu

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
28 Julai 2026, 06:36 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Alor Setar

Jualan Buku Big Bad Wolf (BBW) kembali ke Kedah tahun ini dengan menawarkan pelbagai pilihan bahan bacaan kepada pengunjung di Stadium Sultan Abdul Halim bermula Khamis ini hingga 9 Ogos depan.

Penganjuran kali ini menampilkan lebih banyak pilihan buku termasuk kira-kira 40 peratus judul baharu yang belum pernah dibawa ke Alor Setar sebelum ini.

Selain buku-buku antarabangsa dan tempatan, BBW turut memperkenalkan koleksi khas penerbit Sidr Productions menerusi siri Little Ummah, yang memfokuskan bahan bacaan berteraskan nilai kekeluargaan dan pendidikan untuk kanak-kanak.