Jumlah jualan kenderaan dijangka meningkat sederhana sebanyak 1.2 peratus kepada 820,000 unit pada 2027 berikutan permintaan domestik yang kekal berdaya tahan serta pelancaran model baharu.
TA Research mengekalkan pendirian neutral terhadap sektor automotif namun menaikkan unjuran jumlah keseluruhan industri bagi 2026 sebanyak 2.5 peratus kepada 810,000 unit berbanding 790,000 unit sebelumnya.
Prospek pertumbuhan ini bagaimanapun berdepan cabaran disebabkan asas jualan yang tinggi dan persaingan industri automotif yang semakin sengit di pasaran.


