Jawatankuasa Penganjur Malaysia Blockchain Week 2026 menafikan Kementerian Digital dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) terlibat dalam perancangan, kelulusan atau promosi acara after-party dan pemilihan tetamunya, Siew Pui Yi dalam satu kenyataan rasmi hari ini.
Jawatankuasa tersebut memohon maaf berhubung kontroversi membabitkan bahan promosi majlis dan menjelaskan dengan tegas bahawa kerajaan termasuk Kementerian Digital serta MDEC tidak dirujuk, tidak terlibat serta tidak mempunyai sebarang kaitan.
Penafian ini bertujuan untuk membezakan tanggung jawab organisasi itu daripada penganjuran dan promosi majlis sampingan yang mencetuskan kontroversi di kalangan orang ramai.


