Kerajaan Malaysia telah merangka pelan kontingensi untuk memastikan bekalan makanan negara tetap stabil menghadapi gangguan rantaian bekalan global, perubahan iklim dan konflik geopolitik.
Menteri Pertanian Mohamad Sabu menyatakan pelan ini dilaksanakan melalui Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 dan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 bagi memperkukuh daya tahan sistem agromakanan.
Langkah-langkah pelaksanaan termasuk pemantauan paras air empangan, Operasi Pembenihan Awan, penggunaan telaga tiub dan penanaman padi secara tabur kering untuk menjimatkan penggunaan air semasa fenomena El Nino.


